Besan kerap hubungi minta maaf, bapa mangsa kelar tak berdendam, “Saya maafkan”

Besan kerap hubungi minta maaf, bapa mangsa kelar tak berdendam, “Saya maafkan”

 

Sejak semalam, satu Malaysia turut berduka dengan pemergian seorang wanita bersama bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan.

Mangsa Hajar Nursyahirin ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di bahagian leher disyaki perbuatan suami sendiri.

 

Bapa mangsa Rosman Ahmad ketika ditemui wartawan berkata, mereka reda dan tidak menyimpan dendam terhadap menantu, Amir Adam.

Besannya Adam Abdullah juga kerap menghubunginya meminta maaf kepada dirinya serta ahli keluarga lain selepas tahu apa yang berlaku.

Dia (besan) kerap menghubungi saya sejak kejadian semalam dan meminta maaf, saya maafkan dan tidak berdendam kerana siapalah kita untuk mengadili sesuatu yang kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Dedah bapa mangsa lagi, menantu sebenarnya ada berpatah balik menuju ke kedai makannya di Permas Jaya, namun dia tiada di kedai kerana berada di lokasi kejadian.

Sebenarnya, semasa dia menunggang motosikal tanpa baju ke Perling selepas melakukan perbuatan itu, dia berpatah balik semula dan menuju ke kedai makan saya di Permas Jaya, kemungkinan untuk meminta maaf.

Sebagai mentua, suspek melayani mereka suami isteri dengan sangat baik. Mereka juga kerap berjumpa dan kali terakhir jumpa pada minggu lepas.