Berubah seratus peratus, pengacara berhijab didakwa hanya pakai ‘sport bra’ di tempat awam

Berubah seratus peratus, pengacara berhijab didakwa  hanya pakai ‘sport bra’ di tempat awam

 

Baru-baru ini, timbul kontroversi panas melibatkan seorang pengacara muslimah yang dulunya mengendalikan sebuah rancangan bual bicara popular.

Pakai sport bra

Memetik laporan Boom!, hos yang pernah berkahwin itu aktif mengayuh basikal di kawasan perumahan elit miliknya bersama rakan-rakan.

Namun, apa yang mengejut ramai orang adalah penampilan hos itu ketika beriadah. Pengacara itu didakwa berubah seratus peratus apabila dilihat menanggalkan tudungnya di sebuah pusat kecergasan (indoor cycling).

Selain itu, hos wanita itu didakwa berani mati memakai pakaian set lengkap atlet berbasikal yang ketat selain pernah tampil memakai ‘sport bra’ sahaja.

Kakak kepada pelakon lelaki?

Meskipun di premis tertutup, namun tempat awam itu juga dibuka kepada kaum lelaki bukan muhrim.

Kakak kepada seorang aktor ini bagaimanapun tidak mengendahkan pandangan orang ramai biarpun sedar dirinya diperhati.