“Bertudung bukan wajib, nak pakai timba dekat kepala pun boleh, janji tutup aurat” – Fathia Latiff

“Bertudung bukan wajib, nak pakai timba dekat kepala pun boleh, janji tutup aurat” – Fathia Latiff

 

Sejak dua menjak ni, nama Fathia Latiff kembali diperkatakan apabila dia muncul dengan pelbagai kontroversi panas.

Terbaru, pelakon ini menjawab mengenai penampilannya yang kini dilihat tidak bertudung sepenuhnya. Iyalah, tudung pelakon ini dah mula ‘terbang’ dan dia hanya pakai topi atau hoodie je.

Kata Fathia, dia mencuba untuk menutup aurat meskipun tidak sempurna. Dia mahu berubah secara perlahan-lahan dan bukannya untuk memuaskan hati netizen je.

@fatiya.latiff

Fathia cuba untuk tutup aurat walaupun tak sempurna.semoga istiqamah fathia❤️‍🔥 #fyp #viral #bibik #anjulovers #fathialatif #fatiyalatif #fatiyalatiff

♬ original sound – FATIYA LATIFF – FATIYA LATIFF

Ujarnya lagi, soal menutup aurat adalah urusannya dengan Allah SWT. Sama ada dia bertudung atau mahu berbikini sekali pun itu adalah urusan peribadinya.

@fatiya.latiff

tudung bukan wajib menutup aurat itu wajib?maksud seakan sama tapi lain lain🤔apa pandangan korang??? #fatiyalatiff #fathialatif #bibik #viral #fyp #fatiyalatif

♬ original sound – FATIYA LATIFF – FATIYA LATIFF

Dalam sesi live itu juga, Fathia menjelaskan memakai tudung bukanlah wajib. Fathia memetik kata-kata seorang ustaz yang berkata, apa yang wajib adalah menutup aurat. Nak pakai timba pun boleh asalkan menutup aurat!