“Bersumpah berjanji, padahal bersama yang lain…” – Isteri Shuk terkilan, peluang diberi tapi tak dihargai

“Bersumpah berjanji, padahal bersama yang lain…” –  Isteri Shuk terkilan, peluang diberi tapi tak dihargai

 

Isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar iaitu Sera berkongsi luahan hati menerusi beberapa InstaStory seolah-olah memberi bayangan mengenai hubungan rumah tangganya ketika ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah terkilan kerana masih bertahan dan memperbaiki apa yang sepatutnya namun tiada lagi kemaafan untuk kali ini.

Bersumpah berjanji, padahal bersama yang lain…

Allah tak izinkan kali ni untuk aku maafkan lagi

“Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran,” tulisnya.

Rossa berkata, walaupun seseorang itu dicintai dan dimaafkan, tidak bermakna individu tersebut boleh ‘sesuka hati’ mengambil kesempatan bagi melakukan perkara yang menyakitkan hati orang lain.

Doakan urusan Sera…

Selain itu, Sera mengakui dia bersabar sebelum ini demi memikirkan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi walaupun menerima kecaman hebat orang ramai kerana sering memaafkan suaminya.

Kenapa sanggup buat lagi?

“Anak-anak lah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni. Orang caci aku, maki aku sebab maafkan kau.. panggil aku b*doh, tak ketat sampai suami cari lain aku hadam je tapi kenapa sanggup buat lagi.
“Allah, terima kasih ya Allah.. aku tak kuat tapi aku reda, aku percaya semua ni sudah sesuai dengan yang Engkau rancangkan,” luahnya.

Peluang tu tak pernah dihargai

Malah, dia turut menjelaskan bahawa sudah tidak mampu untuk memenangi hati insan tersayang lagi selain berterima kasih kepada wanita yang membuatkan perasaannya ‘sakit’ selama ini.

Terima kasih untuk rasa sakit ni…

Aku tengah sedarkan lagi diri ni

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu melalui fasa pergolakan dan kontroversi apabila Shuk didakwa curang dengan seorang wanita.

Sumber: ohmymedia