Bersihkan toilet berkeladak tanpa memberus, ini DIY ‘toilet bomb’

Bersihkan toilet berkeladak tanpa memberus, ini DIY ‘toilet bomb’

 

Dah disental pun tandas masih juga berkeladak terutamanya di bahagian lubang toilet. Cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Suhaili Baharudin ini. DIY toilet bomb untuk membersihkanya tanpa perlu memberus.

Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata itu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.

1. Bahan-bahan yang diperlukan

1 cawan – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cawan – citric acid (boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide (cari di farmasi)

Bersihkan Toilet Berkeladak Tanpa Memberus. Ini DIY ‘Toilet Bomb’!

2. Campurkan sodium bicarbonate dan citric acid. Gaul rata dan pastikan tak berketul.

Bersihkan Toilet Berkeladak Tanpa Memberus. Ini DIY ‘Toilet Bomb’!

3. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.

Bersihkan Toilet Berkeladak Tanpa Memberus. Ini DIY ‘Toilet Bomb’!

4. Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah.

Bersihkan Toilet Berkeladak Tanpa Memberus. Ini DIY ‘Toilet Bomb’!

5. Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam.

Bersihkan Toilet Berkeladak Tanpa Memberus. Ini DIY ‘Toilet Bomb’!

6. Selepas 4 jam keluarkan dan letak dalam bekas comel.

Bersihkan Toilet Berkeladak Tanpa Memberus. Ini DIY ‘Toilet Bomb’!

7. Campakkan saja seketul dalam lubang tandas rumah, masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang.

Selamat mencuba!