Berkat doa solat hajat setiap hari, Kak KM menangis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM

Berkat doa solat hajat setiap hari, Kak KM menangis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM

 

Kak KM syukur menangis melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) satu-satunya anak lelakinya, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh usahawan sensasi, Liana Rosli yang juga anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Kak KM dilihat terlalu gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan sebaik sahaja melihat keputusan SPM anak lelakinya, Faris Razman.

Kak KM dalam ruangan kapsyen meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anaknya.

“Syukur, Alhamdulillah anak mama memang bijak, @farisanakmama,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, memetik laporan mStar, Kak KM tetap bersyukur dengan keputusan SPM anaknya meskipun tidak memperoleh semua A.

“Saya lega sangat walaupun tak dapat semua A tapi itu pun dah cukup bagi saya,” katanya.

Tambahnya lagi, kejayaan yang dikecapi anak lelakinya itu juga atas berkat mereka sekeluarga kerap solat sunat hajat selain Faris tidak henti berusaha membuat ulangkaji.

“Faris memang betul-betul belajar hari-hari sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia. 

“Dia satu-satunya anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan,” ujar Kak KM.