Berkahwin di usia emas, Sabri Yunus dedah ditawarkan jadi duta produk kuat tenaga batin

Berkahwin di usia emas, Sabri Yunus dedah ditawarkan jadi duta produk kuat tenaga batin

Umum mengetahui, perkahwinan pelakon Sabri Yunus dan Angeline Tan pada Oktober lalu mengejutkan ramai dan masih menjadi bualan di media sosial.

Sabri mendedahkan dia pernah ditawarkan menjadi duta produk menguatkan tenaga batin hanya kerana berkahwin pada usia emas.

Bagaimanapun, Sabri berkata dia terpaksa menolak kerana segan dengan pandangan masyarakat sekeliling.

“Maaf cakap saya memang ada terima tawaran jadi duta produk ubat kuat tenaga batin. Mungkin kerana saya pengantin berusia. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana saya segan. Kalau produk nak kurangkan (tenaga batin), saya naklah (ketawa),” katanya.

Dalam pada itu, Sabri dan Angeline terharu kerana terus diraikan serta tidak menyangka pernikahan mereka mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mahu menaja majlis resepsi mereka.

“Saya bersyukur ramai yang berminat untuk meraikan kami. Selama ini, saya ingat Allah sahaja yang sayang saya, tetapi kawan-kawan turut menyayangi saya.

Difahamkan, pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis pada Ahad ini dan empat lagi majlis dalam perancangan yang akan diadakan di Kelantan.