‘Berjuang’ 28 tahun jadi wanita, atlet bola tampar Indonesia lega kini seorang lelaki

‘Berjuang’ 28 tahun jadi wanita, atlet bola tampar Indonesia lega kini seorang lelaki

Sekitar Sukan Sea 2018 yang bertempat di Indonesia, pastinya kita teringat akan seorang atlet bola tampar wanita tuan rumah dikenali sebagai Aprilia Manganang yang dilihat seperti seorang lelaki semasa turun di  gelanggang.

Jantinanya pernah diragukan sehingga ada atlet dari negara luar melakukan protes disebabkan hal tersebut.

Aprilia yang berkhidmat dalam angkatan tentera darat Indonesia (TNI) kerap kali mewakili pasukan wanita dalam pertandingan bola tampar namun sudah bersara dari sukan tersebut pada tahun lalu.

Disahkan sendiri pihak atasan TNI

Selepas bertahun-tahun dibesarkan sebagai seorang wanita, akhirnya Aprilia telah disahkan sebagai seorang lelaki selepas pihak perubatan mendapati dia cenderung sebagai seorang lelaki.

Hal ini disahkan sediri oleh pihak atasan TNI iaitu Jenderal Andika Prakasa selepas mendapat keputusan ujian perubatan yang dilakukan oleh Aprilia sejak 3 Februari 2021.

Memang mempunyai masalah jantina

Menerusi Tribun News, bekas pemain bola tampar kebangsaan Indonesia itu mempunyai lebih banyak organ bersifat lelaki dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.

Dia yang berasal dari keluarga sederhana telah dibesarkan sebagai seorang wanita sememangnya mempunyai masalah kelainan jantina sejak lahir.

 

Rasa sangat bahagia

Jadi, setelah keputusan perubatan tersebut keluar, dia begitu berasa lega kerana akhirnya dia disahkan sebagai seorang lelaki selepas 28 tahun ‘berjuang’ menjadi seorang wanita.

Menurut Tribun Style pula, ketika ini Aprilia sedang menjalani pembedahan peringkat pertama perubahan jantina dari perempuan kepada lelaki sebelum dia berubah menjadi lelaki sebenar.

Sumber: BD, Tribun NewsTribun Style