Boikot Starbucks akibatkan Berjaya Food rugi empat suku berturut-turut

Boikot Starbucks akibatkan Berjaya Food rugi empat suku berturut-turut

 

Boikot Starbucks akibatkan Berjaya Food rugi empat suku berturut-turut.

Berjaya Food Bhd mencatatkan kerugian suku keempat berturut-turut apabila gerakan boikot anti Israel terus menjejaskan kumpulan itu, yang mengendalikan rangkaian kopi Starbucks di Malaysia.

Ia mencatatkan kerugian bersih RM33.68 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2024, berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta setahun sebelumnya, yang berpunca oleh impak berpanjangan daripada sentimen berterusan berhubung konflik Asia Barat.

Pendapatan bagi suku itu merosot lebih separuh kepada RM124.19 juta daripada RM278.53 juta, kata Berjaya Food dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Tiada dividen diisytiharkan untuk suku dalam tinjauan.

Berjaya Food berkata, walaupun persekitaran makro keseluruhan masih mencabar, ia telah melihat penambahbaikan positif dalam pelaksanaan inisiatif dan program strategiknya, namun tidak mengulas lanjut .

“Memandang ke hadapan, kami tetap optimis dengan berhati-hati bahawa prestasi operasi akan bertambah baik secara beransur-ansur pada suku akan datang. Pengarah komited untuk mengukuhkan perniagaan teras dan pelaburan kumpulan,” katanya.

Selain rangkaian kopi Starbucks di Malaysia dan Brunei, Berjaya Food juga mengendalikan rangkaian Kenny Rogers Roasters (KRR) di Malaysia, serta jenama kafe bakeri Paris Baguette di negara ini di Filipina.