Berjaya elak kereta Saga cuai semasa ‘u-turn’, pemandu lori ini raih pujian netizen

Berjaya elak kereta Saga cuai semasa ‘u-turn’, pemandu lori ini raih pujian netizen

 

Secekap mana kita mengawal kenderaan, terkadang ada sahaja kenderaan lain cuai yang boleh menyebabkan kita bersama-sama terlibat dalam kemalangan tidak diminta oleh mana-mana pihak.

Baru-baru ini tular di TikTok @rojang4, sebuah rakaman dashcam sebuah lori menunjukkan ada kereta Proton Saga membuat pusingan-u tanpa secara tiba-tiba sehingga menyebabkan lori tersebut terpaksa masuk ke laluan bertentangan untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan yang lebih serius.

@rojang4

♬ bunyi asal – hmstruck – hmstruck

Rakaman tersebut telah menarik perhatian pengguna TikTok lain untuk meninggalkan komen pada video itu dengan memuji kecekapan pemandu lori dan menyatakan bahawa bukan semua kemalangan jalan raya yang melibatkan lori berpunca dari kenderaan bersaiz besar itu.

Pada masa yang sama, ada yang menekankan betapa pentingnya menggunakan dashcam pada setiap kenderaan supaya mudah mencari ‘bukti’ sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

vocket-pemandu-lori-dipuji-netizen-elak-kemalangan-1

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @ROJANG4

vocket-pemandu-lori-dipuji-netizen-elak-kemalangan-2

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @ROJANG4

vocket-pemandu-lori-dipuji-netizen-elak-kemalangan-3

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @ROJANG4

vocket-pemandu-lori-dipuji-netizen-elak-kemalangan-4

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @ROJANG4

vocket-pemandu-lori-dipuji-netizen-elak-kemalangan-5

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @ROJANG4

Nasib baik ketika kejadian tersebut berlaku, tiada kenderaan yang lain berada di laluan bertentangan bagi membolehkan lori tersebut mengelak Proton Saga tersebut. Jika tidak, mungkin kemalangan lebih teruk boleh berlaku ketika waktu itu.

Walaupun kedua-dua kenderaan tersebut mengalami kerosakkan yang ‘kecil’, namun ia menjadi iktibar yang ‘besar’ buat orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan memberikan tumpuan semasa berada di atas jalan raya.

Sumber: Vocket