Beri hadiah kepada pihak hospital, keluarga tunai ‘hajat’ terakhir arwah Afiq Ikmal

Beri hadiah kepada pihak hospital, keluarga tunai ‘hajat’ terakhir arwah Afiq Ikmal

Hajat terakhir penerima hati pertama, Allahyarham Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini untuk menyerahkan hadiah kepada petugas hospital yang merawatnya di wad akhirnya ditunaikan oleh keluarga arwah, hari ini.

Afiq dah tempah hadiah awal2

Memetik temubual bersama Berita Harian, bapanya, Muhammad Zaini Drahim, 50, mendedahkan bahawa dia sendiri tidak mengetahui rancangan Afiq sehinggalah pekara tersebut diberitahu oleh Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada arwah sebelum ini.

Niat hargai petugas hospital

Tambahnya lagi, walaupun Afiq tidak mampu bekerja, arwah menyimpan niat untuk menghargai barisan petugas hospital yang merawatnya selama ini.

“Ini adalah hadiah terakhir dari Afiq di mana dia sendiri yang menempahnya dan saya sendiri tidak mengetahui isi kandungannya.
“Pada asalnya, Afiq nak serahkan sendiri pada petugas hospital tetapi Allah lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemubual pihak Berita Harian di Hospital Selayang.

Pada majlis itu, sebanyak 45 hadiah yang ditempah Mohd Afiq Ikmal diberikan kepada wakil petugas hospital. Penderma hati, Wan Mohd Hafizam atau turut dikenali sebagai Coach Wan turut hadir.

 

Muhammad Zaini berkata, dia akan meneruskan usaha yang dilakukan arwah anaknya sebelum ini iaitu berkongsi maklumat dan kesedaran mengenai penyakit biliary atresia (BA).

Pada masa sama, dia turut meluahkan hasrat menubuhkan yayasan untuk memberi sokongan kepada keluarga dan kanak-kanak yang berdepan situasi seperti Allahyarham.

Mohd Afiq Ikmal yang juga penerima pertama hati di negara ini, meninggal dunia pada 2 Mac lalu pada usia 23 tahun akibat komplikasi hati.

Sumber: OMM, Berita Harian