Bergurau tak kena tempat, individu pakai ‘gelang pink’ selamba paksa salam, peluk member
Macam yang kita tahu, selalunya orang yang pakai gelang pink ini patutnya kena kuarantin diri mereka dan tidak berjumpa dengan orang lain. Tapi, lain pula dengan individu ini yang selamba langgar arahan ketika dalam kuarantin.
Menerusi satu perkongsian tweet oleh kojie_yama semalam yang mendapat hampir 20 ribu retweet, dia berkongsi kisah adiknya yang berselisih dengan member dia yang patutnya kena kuarantin diri.
Br jd kat Penang, adik i nk klua pg beli barang. Selisih dgn kwn, adik i tak mau salam, kwn dia gi peluk bahu n paksa salam. Lps tu tunjuk dia pakai gelang pink and gelak2.
Skrg tunggu polis dtg angkut. Yg ayah gi rumah kwn kt sg dua. Pakai gelang juga !!! Hanat betul perangai— kojie 🇵🇸 (@kojie_yama) May 19, 2021
Bukan setakat selisih, kawan dia yang memakai gelang pink itu siap paksa adiknya untuk salam dan berpeluk walaupun sudah cuba menolak pelawaan itu beberapa kali. Lepas salam dan peluk, kawan dia itu siap boleh gelak-gelak sambil tunjuk gelang pink dia. Takde otak ke dia ni? Ingat lawak ke?
“Sikit pun tak lawak la. Mak aku ada kencing manis, darah tinggi dan kanser. Kau cakap kau bergurau je?”
Bukan si anak sahaja yang buat hal, bapa dia pun sama juga. Ayahnya yang juga memakai gelang pink tersebut siap pergi rumah kawannya lagi di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kenapa la degil sangat tak nak kuarantin diri betul-betul?
Buat laporan polis
Kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang itu telah dilaporkan kepada pihak polis. Pihak polis cuba untuk tahan dua individu tersebut tapi dipercayai mereka telah menghilangkan diri selepas dilihat tiada di rumah.
“Anak bapa dua-dua mental ka apa?”
Namun, pihak polis minta mereka untuk laporkan pada pihak KKM sebab pihak polis tiada PPE untuk menahan dua individu tersebut.
Katanya swab test negatif
Lelaki ini memaklumkan yang kawan adiknya itu kata keputusan swab test dia negatif, siap mempersoalkan kenapa perlu kecoh sehingga perlu buat report polis. Varian baru sekarang ini walaupun keputusan swab test negatif, tak bermaksud kita selamat tau. Tolong la lepas ni jangan buat bergurau macam ni. Jangan main-main tau dengan virus ni.
Korang kalau disuruh kuarantin tu, tolong la betul-betul kuarantin diri jangan pergi mana-mana. Duduk je rumah tu okey.
Sumber: LM, kojie_yama