Berdosa baca Al-Quran jika tak belajar Tajwid: Pejabat Mufti WP tegur kenyataan mengelirukan Ustazah FB

Berdosa baca Al-Quran jika tak belajar Tajwid: Pejabat Mufti WP tegur kenyataan mengelirukan Ustazah FB

Baru-baru ini, seorang ustazah telah mengeluarkan satu kenyataan di akaun Facebook miliknya dengan mendakwa bahawa membaca ayat suci Al-Quran tanpa mempelajari hukum tajwid adalah berdosa dan haram.

Hal ini secara tidak langsung telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang rata-ratanya keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

Kenyataan timbulkan kekeliruan

Menurut posting tersebut, ustazah berkenaan dipercayai menasihati orang ramai supaya tidak sesuka hati membaca Al-Quran tanpa menggunakan hukum tajwid yang betul. Hal ini kerana, beliau mendakwa ianya adalah satu tindakan yang haram dan berdosa.

Respon Pejabat Mufti WP

Susulan daripada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi akaun Twitter rasmi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh ustazah berkenaan. Mereka turut menegur kepada sesiapa sahaja yang berpangkat ustaz atau ustazah supaya tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan dengan mengharamkan sesuatu perkara yang tidak diharamkan dalam Islam.

Malah, mereka juga mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dan salah faham dalam kalangan umat Islam.

Ilmu tajwid adalah fardhu kifayah

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kenyataan yang dikeluarkan oleh ustazah berkenaan agak melampau dan tidak berasas. Hal ini kerana ianya sedikit sebanyak akan melemahkan semangat seseorang untuk membaca dan mempelajari Al-Quran lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang mahir dalam hukum tajwid.

Jangan keluarkan kenyataan kontroversi

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan