Berbogel bawa motosikal, lelaki dipercayai baru lepas kelar isteri & bayi

Berbogel bawa motosikal, lelaki dipercayai baru lepas kelar isteri & bayi

 

Media sosial hari ini dikejutkan dengan tularnya satu video seorang lelaki menunggang motosikal secara telanjang bulat di satu lebuh raya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh beberapa akaun Facebook dan salah satunya Alet Naim Nawawi. Video yang berdurasi 16 saaat itu telah dirakam oleh salah seorang pemandu di lebuhraya terbabit sebelum dimuat naik ke laman Facebook.

Katanya kelar isteri baru habis pantang dan bayi?

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Kosmo, lelaki tersebut  dikatakan telah mengelar isteri yang baru habis pantang  dikenali sebagai  Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi mereka, Hans Mohd. Thakif Amir, 44 hari di Jalan Dewasa, Bakar Batu tengahari tadi.

Muat naik daripada orang ramai di Facebook juga memaklumkan hal sama dan lelaki itu juga telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian tersebut, mangsa ditemui dalam keadaaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di luar rumah teres yang didiami keluarga pasangan muda itu.

Terdahulu, video seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel telah tular dan dirakam pemandu yang menggunakan lebuhraya sama.

Ia menjadi perdebatan ramai dan rata-rata berkongsi semula video tersebut bagi mengetahui punca lelaki berkenaan bertindak nekad menunggang motosikal tanpa sebarang pakaian.