‘Berbeza’ dari yang lain, Hannah Yeoh dedah perangai Joe Flizzow waktu zaman sekolah

‘Berbeza’ dari yang lain, Hannah Yeoh dedah perangai Joe Flizzow waktu zaman sekolah

 

Zaman sekolah menengah antara zaman yang mempunyai banyak kenangan manis dan pahit, dekat situ lah kita baru belajar untuk ‘kenal dunia’.

Buat yang aktif dalam sukan atau ko-kurikulum pasti ada banyak lagi kenangan yang tidak akan boleh dilupakan.

Satu klip video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sedutan dari dokumentari mengenai artis Hip Hop tersohor tempatan iaitu Johan Ishak atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow.

Dokumentari yang berjudul This Is Johan itu ditayangkan di laman penstriman Viu dan klip yang tular itu ialah apabila salah seorang yang ditemu ramah bagi menjayakan dokumentari tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam klip tersebut, Hannah Yeoh menceritakan Joe Flizzow merupakan seorang pelajar yang sedikit ‘berbeza’.

@ceritereka

This is Johan @Viu Malaysia #viupresents #viumalaysia #thisisjohan #joeflizzow #toophat #hannahyeoh

♬ original sound – Wayang Pacak – Wayang Pacak

“Uniform dia (Joe Flizzow) selalu sedikit berbeza dari yang lain, dia pakai seluar baggy, baju selalu tak tuck in.

Sebagai ketua pengawas saya selalu tegur dia dan memperbetulkan cara pemakaiannya,” kongsi Hannah.

Dalam potongan klip itu, Joe seakan membalas kenyataan Ahli Parlimen Segambut itu dengan berkata bersikap nakal itu tidak mengapa asalkan tidak bertindak jahat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberitahu kedua-dua ikon itu merupakan alumni Sekolah Menangah Kebangsaan Subang Utama, Selangor.

Min baru tahu dorang satu sekolah!