Berat bahu menanggung, Ustaz Kazim Elias mohon bantuan carikan penawar

Berat bahu menanggung, Ustaz Kazim Elias mohon bantuan carikan penawar

 

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Facebook.

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.

Perkongsian berkenaan turut menerima ribuan komen daripada pengikutnya di laman facebook.

Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah yang banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini.

Malah, mereka turut berdoa kepada yang Maha Esa supaya segala ujian yang dihadapinya diangkat dan diberikan kesembuhan dengan segera.