Berapa sebenarnya jumlah gaji yang layak dikenakan ‘income tax’? Ini jawapan LHDN

Berapa sebenarnya jumlah gaji yang layak dikenakan ‘income tax’? Ini jawapan LHDN

 

Tidak dapat dinafikan, ada sesetengah golongan di negara ini perlu membayar cukai pendapatan yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas mereka. Mungkin bagi mereka, pembayaran cukai ini bukanlah isu yang besar.

Tapi pernahkah kita terfikir, siapakah golongan yang sepatutnya diwajibkan bayar cukai pendapatan ini? Berapakah jumlah taraf gaji seseorang individu itu yang melayakkannya untuk dikenakan cukai?

Merungkai segala persoalan ini, Siakap Keli ingin sertakan perkongsian dari laman sesawang LHDN mengenai taraf gaji kelayakan cukai pendapatan. Anda boleh ikuti perkongsian di bawah ini untuk lebih mudah faham.

Semoga bermanfaat.

Individu yang perlu mendaftar fail cukai pendapatan

Adakah saya layak dikenakan cukai?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai?

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing

Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

Apa itu Skop Pengenaan Cukai?

Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.