Berang sistem tidak berfungsi, pemandu ‘King’ Myvi geram rempuh palang tol RFID

Korang mesti pernah mengalami situasi terperangkap di lorong tol bukan? Sudah pasti ia merupakan satu pengalaman yang memalukan lagi-lagi bila ia berlaku dalam keadaaan banyak kenderaan berada di belakang.
Palang tol RFID tidak berfungsi
Semalam tular satu rakaman dashcam yang menunjukkan tindakan seorang pemandu kereta Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan Radio frequency Identification (RFID) di sebuah lebuh raya.
Pernah juga kena macam ni kat lorong RFiD tapi tak lah sampai tergamak nak langgar 😅 Kalau jadi pada anda, tekan button intercom nanti ada pekerja tol yang akan datang membantu. pic.twitter.com/5vyvcFDO7z
— OH! MEDIA (@ohtweet) April 30, 2022
Video yang dimuat naik pengguna Adrian Tan di Facebook itu menunjukkan pemandu berkenaan berulang kali menggerakkan keretanya ke depan dan ke belakang supaya sistem tol tersebut dapat mengesan pelekat RFID miliknya.

Pemandu tersebut kemudiannya bertindak untuk merempuh palang tol sistem RFID berkenaan selepas sistem tersebut dipercayai gagal berfungsi.
Netizen tak marah, tapi sokong
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berpuas hati dengan tindakan pemandu terbabit kerana ia seolah-olah mewakili perasaan mereka yang turut tidak berpuasa hati dengan sistem berkenaan.



Diharapkan isu berkaitan kegagalan sistem RFID yang sering menjadi bualan warganet ini segera diselesaikan. Nak-nak pula kenderaan sudah mula memasuki lebuhraya untuk pulang ke kampung ketika ini.