Berang rakan sejenis tak nak hisap ‘anu’, budak naik Kancil hijau ditahan polis

Berang rakan sejenis tak nak hisap ‘anu’, budak naik Kancil hijau ditahan polis

 

Gara-gara kemahuan untuk melakukan amang seksual tidak dituruti, seorang pelajar lelaki tingkatan satu sanggup mencederakan rakan sepermainannya yang berusia 11 tahun di Gurun, Kedah.

Tampar dan pukul suspek

Menerusi laporan Utusan Malaysia, kejadian tersebut berlaku di sebuah taman perumahan di Gurun, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Mangsa yang merupakan murid lelaki sebuah sekolah mengalami kesan lebam akibat ditampar dan dipukul suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, suspek berumur 13 tahun sebelum itu membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu juga.

Semasa di dalam kereta, murid tahun lima itu diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul. 

Suspek kemudian membawa rakannya itu ke rumahnya dan mengarahkan mangsa sekali lagi menghisap kemaluannya namun arahan itu enggan diikuti mangsa.

Tambah Zaidy, berang permintaan tidak dipenuhi, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan dia takut dan berlari pulang memberitahu bapanya.

Bapa mangsa membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun selepas itu dan pada pukul 7.19 malam hari sama, suspek ditahan di rumahnya. 

Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.