Berang kena tunggu lama di pejabat tanah, netizen saran lelaki ini cari yang jaga kaunter di kantin – “Gerenti jumpa”

Berang kena tunggu lama di pejabat tanah, netizen saran lelaki ini cari yang jaga kaunter di kantin – “Gerenti jumpa”

 

Pelanggan di Pejabat Tanah Daerah Klang meluahkan kekecewaan mereka selepas terpaksa menunggu berjam-jam untuk dilayan oleh pegawai yang bertugas di kaunter.

Insiden ini berlaku pada Jumaat lalu, seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen di media sosial TikTok.

Netizen tersebut melaporkan bahawa pada jam 9:15 pagi, tiada satu pun kaunter yang dibuka di Pejabat Tanah Daerah Klang, walaupun kaunter dijadualkan ditutup pada jam 11 pagi.

Situasi ini menyebabkan ramai pengunjung yang telah menunggu dari awal pagi menjadi kecewa.

@mani1389_

#menteribesarselangor #pejabattanahklang #pegawaidaerahklang

♬ original sound – Nano Berkat Resources – Nano Berkat Resources

Kejadian ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang lain. Antara komen yang paling mencuri perhatian ialah spekulasi mengenai pegawai yang mungkin sedang berehat di kantin atau kedai mamak.

“Mereka tengah layan Nasi Lemak Sambal Sotong di kantin. Cuba cari mereka di kantin atau mamak, pasti jumpa,” kata seorang netizen.

Insiden ini mencemarkan imej penjawat awam yang rajin dan berdedikasi, memberikan contoh buruk yang tidak seharusnya menjadi norma di tempat lain.