Berang dan kecewa isteri curang berulang kali, suami minum racun serangga

Berang dan kecewa isteri curang berulang kali, suami minum racun serangga

 

Seorang lelaki mencekup isterinya yang berlaku curang dengan majikan wanita itu sendiri dalam kejadian di wilayah Shaanxi, China.

Pasangan Zeng Zhi dan Liu Ling berkahwin dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Zeng Zhi sangat menyayangi isterinya. Namun Liu Ling pula seorang yang pemalas dan pemboros.

Kehidupan keluarga berkenaan hanya bergantung pada gaji bulanan Zeng Zhi berjumlah 3,000 yuan (RM1,939.31).

Benarkan isteri bekerja, tetapi lain pula yang terjadi

Melihat isterinya sudah lama tidak bekerja, Zeng Zhi meminta rakannya membantu isterinya mencari pekerjaan di Biro Pengurusan Bandar setempat.

Namun, tidak beberapa lama selepas Liu Ling bekerja, wanita itu mula jatuh cinta kepada majikannya, Yang, yang merupakan suami orang, berusia 14 tahun lebih tua daripada Liu Ling.

Perkara itu diketahui oleh Zeng Zhi yang secara diam-diam mengekori isterinya ke tempat kerja dan mendapati wanita itu dalam diam menyewa bilik hotel dengan majikannya.

Semua penampakan itu dirakam oleh Zeng Zhi dengan menggunakan telefon bimbitnya, untuk dijadikan sebagai bukti. Dalam masa sama, Zeng Zhi berang dan kecewa dengannya perbuatan isterinya itu.

Tetapi setelah berfikir panjang, Zeng Zhi akhirnya memilih untuk memaafkan isterinya kerana dia tidak mampu hidup tanpa wanita itu. Selain itu, Zeng Zhi tidak mahu anak-anaknya tidak tinggal bersama ayah atau ibunya.

Setelah itu, Zeng Zhi menghubungi mertuanya untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Kemudian dia meminta isterinya menulis satu surat akujanji di hadapan keluarga dan berjanji untuk tidak melakukan hubungan terlarang dengan lelaki itu lagi. Dengan itu, Zeng Zhi kembali mempercayai isterinya.

Tak serik kantoi curang

Malangnya dalam diam Liu Ling meneruskan hubungannya dengan Yang. Perbuatannya itu diketahui oleh Zeng Zhi yang mencekup mereka di bilik hotel dan dirakam sebagai bukti.

Zeng Zhi yang patah hati pulang ke rumah dalam keadaan marah. Pada keesokkan harinya, dia mengambil keputusan untuk berdepan dengan Yang untuk bertanya mengenai hubungan curangnya dengan Liu Ling.

Yang bukan saja merasakan dirinya tidak bersalah, malah memperlekehkan Zeng Zhi yang tidak pandai menjaga isterinya. Kata-kata Yang membuatkan Zeng Zhi tersentap.

Tidak beberapa lama selepas itu, Zeng Zhi mengambil keputusan drastik iaitu meminum racun serangga perosak untuk membunuh diri. Zeng Zhi sempat dikejarkan tiga buah hospital, malangnya doktor mengesahkan Zeng Zhi tidak dapat diselamatkan ekoran racun yang diminumnya itu terlalu kuat sehingga menjejaskan organ dalaman.

Berita kematian Zeng Zhi itu membuatkan keluarganya berang. Mereka berharap Liu Ling bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga. Tetapi Liu Ling menolak dan bertegas mahu mengejar kehidupan baharunya bersama Yang.

Bagi Liu Ling, dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan cinta dan sayang kepada suaminya itu dan akan membesarkan dua anaknya itu sendirian.