Bengang digelar sendu & penunggang agama, Syura beri tempoh 24 jam individu minta maaf atau tunggu surat peguam

Bengang digelar sendu & penunggang agama, Syura beri tempoh 24 jam individu minta maaf atau tunggu surat peguam

 

Gara-gara dihujani kecaman, penyanyi Syura menyelar tindakan segelintir pengguna media sosial yang disifatkan melampau dan keterlaluan.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron berang dengan seorang individu kerana menuduh dirinya penunggang agama.

Tidak berdiam diri, Syura memberi amaran kepada individu tersebut untuk tampil membuat permohonan maaf.

Tolong direct message saya atau saya bawa komen-komen awak ni ke peguam saya, tuduhan penunggang agama ni melampau ya! Saya bagi masa 24 jam untuk awak DM saya.

Dalam pada itu, Syura yang kesal dengan sikap warganet meminta agar mereka berhenti melemparkan kecaman memandangkan kes mahkamah sudah pun diselesaikan dengan cara baik.

Wahai netizen yang serba tahu, sudah-sudahlah tu. Setiap posting media korang nak kecam, apa korang nak ni sebenarnya?

Bukankah korang juga yang nak tengok kita bermaaf-maafan? Bila dah buat korang perli, korang kecam, korang gelakkan pula..bila aku jawab balik korang cakap aku bodoh. Aduhai.

Sementara itu, Syura juga sempat menitipkan pesanan kepada warganet untuk mengambil pengajaran daripada isu yang melanda dirinya supaya menjaga penulisan dan percakapan agar tidak didakwa di mahkamah.

Korang yang nak menegur, saya terima dengan hati terbuka tapi tak perlu sampai memaki dan menghina.

Ambilah pengajaran dari apa yang saya dah alami. Saya juga takkan teragak-agak ambil tindakan kalau masih ada yang memaki dan menghina secara direct message atau pun public!

Kalau ada yang nak merasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian. Tunggu je surat peguam dari saya.

Terdahulu, Syura dan Lan Solo dikecam warganet yang mendakwa permohonan maaf mereka tidak ikhlas malah ada yang turut melabel mereka suka menyindir.

Untuk info, Siti Nordiana bertindak memfailkan saman sebanyak RM2.5 juta terhadap lima individu termasuk Syura dan Lan dengan mendakwa mereka telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah ketika bersiaran langsung di IG sehingga menjejaskan imejnya.

Bagaimanapun, persengketaan antara mereka akhirnya selesai apabila mengambil pendekatan untuk bermaafan.