Benarkah pusat beli belah eCurve akan ditutup sepenuhnya pada 31 Mac ini?

Benarkah pusat beli belah eCurve akan ditutup sepenuhnya pada 31 Mac ini?

Terbaharu, heboh di media sosial bahawa pusat membeli belah yang menghubungkan The Curve dan IKEA ini bakal ditutup pada 31 Mac nanti.

Berita ini mula dilaporkan oleh Malaysia Shopping Mall di laman Facebook mereka sejak semalam lagi.

Ia turut mendapat perhatian ramai netizen apabila kebanyakan daripada mereka menitipkan mesej terakhir sambil mengimbau kenangan di sana.

Malaysia Shopping Mall melaporkan bahawa melalui penyewa premis di sana, difahamkan bahawa pusat membeli itu akan ditutup sepenuhnya bermula 31 Mac nanti.

“Semoga tetap kuat untuk semua penyewa dan pemunya premis, masa sukar tidak akan kekal selamanya, mari bersatu dan berjuang,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.

Tidak pasti apakah ini laporan yang sahih atau pun tidak, namun ia pasti memberi kesan kepada mereka yang membesar di sekitar kawasan Damansara.

Untuk rekod, The Vocket sudah pun menghubungi pihak eCurve untuk mendapat maklumat lanjut mengenai isu ini, tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas. – TV