Belum selesai isu tunggakan gaji pemain & masih tiada pemilik, Perak FC dah lantik CEO baharu

Belum selesai isu tunggakan gaji pemain & masih tiada pemilik, Perak FC dah lantik CEO baharu

 

Dengan gaji pemain masih tertunggak, Perak FC membuat keputusan mengejutkan apabila mengurangkan kuasanya dengan melantik orang kuat pasukan, Azman Noh sebagai Ahli Lembaga Pengarah kelab.

Sebaliknya, Perak FC melantik Exco Pafa, Hairul Anwar Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC berkuatkuasa serta merta.

Tindakan itu nyata bercanggah kerana sebelum ini dikeluarkan kenyataan Perak FC tidak akan melantik CEO baharu.

Dengan kedudukan Perak FC masih tiada pemilik, adakah keputusan melantik CEO ini wajar kerana pemilik baharu pasti akan melantik ‘orangnya’ sebagai CEO?.

Tindakan itu terkandung dalam mesej yang tular dalam media sosial hari ini.

Menurut mesej itu, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah yang diadakan dua minggu lalu.

Lembaga pengarah merasakan perlu ada pengkhususan setiap jawatan terutamanya di peringkat lembaga.

Oleh itu, sebarang keputusan mengenai kontrak pemain dan pegawai bagi musim 2022 akan diteliti dan dikaji oleh Lembaga Pengarah dan CEO untuk menentukan bajetnya terlebih dahulu.

Persoalannya, apakah dengan penstrukturan Perak FC itu dapat menjamin penyelesaian tunggakan gaji yang difahamkan sudah berlanjutan selama tiga bulan.

Adakah tindakan ini akan memberi kesan positif atau negatif?

Tidak mustahil kemungkinan akan berlaku pergolakkan besar dalam pasukan nanti.