Belum reda isu tak bayar hutang, Shahir dituduh pula main santau

Belum reda isu tak bayar hutang, Shahir dituduh pula main santau

 

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ada individu menuntut penyanyi Shahir membayar hutang sebanyak RM4,000 sebelum berkahwin. 

Selepas beberapa hari berdiam diri, akhirnya Shahir membuka mulut menafikan dakwaan dia terhutang dengan sebuah syarikat rakaman.

Memetik mStar Online, Shahir berkata dia terpaksa mendedahkan cerita sebenar mempertahankan dirinya bagi mengelakkan sebarang fitnah.

“Mana mungkin… tiada perbincangan, tiada hitam putih dan tiada perbincangan mulut pun dengan saya. Tiba-tiba keluar (cerita) dan minta claim dengan saya harga yang mereka nak, tak bolehlah macam itu!

“Dahulu saya hadap perkara ni sendirian saya mungkin malas ambil tahu, tapi disebabkan saya ada bakal keluarga mentua dan bakal isteri yang perlu saya jaga, jadi saya perlu mempertahankan diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Shahir turut mengulas mengenai komen netizen yang mendakwa dia menghantar menghantar santau kepada sahabatnya kerana menuntut hutang.

“Saya banyak kekurangan. Kalau dia cakap macam itu tak ada apa kot sedangkan nabi pun difitnah, apa la sangat saya. Saya hanya mampu tersenyum, semoga mereka diberi hidayah oleh Allah,” katanya.