Bella Astillah letak ‘recorder’ dalam kereta, ada perbualan tak senonoh Aliff Aziz & Ruhainies

Bella Astillah letak ‘recorder’ dalam kereta, ada perbualan tak senonoh Aliff Aziz & Ruhainies

 

Ekoran hubungan lama dengan aktor baru, Muaz Zabir didedahkan kepada umum, Bella Astillah berkata kemungkinan ia disebarkan oleh Aliff Aziz demi menutup ‘bahang’ kontroversi kes tangkap khalwat pada bulan lalu.

Dia kemudiannya turut mempersoalkan adakah suaminya tidak sedar dirinya sudah dipergunakan oleh Ruhainies.

Dalam temubual lanjut, Bella Astillah berkata dia menyedari perubahan sikap Aliff sejak lelaki itu mulakan kerja penggambaran drama dengan Ruhainies.

Bermula dari situ, dia yang sudah memiliki firasat kurang enak rupanya diam-diam bertindak memasang alat perakam  (recorder) ke dalam kereta milik penyanyi berkenaan.

Dikhianati untuk kesekian kalinya, Bella berkata wujud bukti berupa perbualan tidak senonoh yang terjadi antara 2 pelakon berkenaan.

Aliff tahu saya ada banyak bukti. Sekarang kalau saya nak tunjuk pun boleh.

Tapi kita di bulan puasa takkan nak tengok video yang tak senonoh.

Namun apabila mengenangkan bulan Ramadan yang penuh suci ini, pastinya agak tidak wajar untuk dia mendedahkan video rakaman tersebut buat masa sekarang.

Jadi diorang ada bercakap soal, saya nak cakap pun malu sebenarnya. Kurang baik lah.

Sepanjang menjadi rakan baik, artis kelahiran Sabah ini membongkarkan sisi negatif Ruhainies yang suka bercakap buruk tentang orang lain termasuklah rakan artis serta keluarganya sendiri.

Dalam erti kata lain, dia menyifatkan adik kepada Risteena Munim itu selalu merasakan dirinya sempurna.

@mediahiburanofficial

Bella menjelaskan, sejak perubahan Aliff, dia ada meletakkan recorder (rakaman) dalam kereta. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan