Bella Astillah dakwa Aliff Aziz sebar hubungannya dengan Muaz untuk tutup kes khalwat
Sebentar tadi menerusi satu sidang media khas, pelakon genit, Bella Astillah membuat pendedahan mengejutkan tentang dakwaan dia bercinta dengan seorang pelakon baru dalam industri hiburan iaitu Muaz Zabir.
Sejak gambar dan mesej mesra mereka tersebar, ramai netizen memberikan respons berbeza termasuklah kemungkinan bahawa semua itu hanya satu fitnah.
Bella akhirnya mengakui khilafnya yang tidak sengaja menjalinkan istimewa dengan Zabir walhal motif asalnya rapat dengan lelaki itu adalah demi membuat Aliff cemburu.
Sedar niat tidak menghalalkan cara, Bella kemudiannya segera bertaubat, memohon keampunan kepada suami dan menghentikan segala ‘permainan’ tersebut.
“Budak lelaki ni (Muaz) baik pula, kita ni rasa tak dihargai, rasa macam sampah, bila ada seseorang berikan perhatian, Bella manusia biasa. Inilah kesilapan pertama Bella setelah 10 tahun bersama dengan Aliff”
Dia dan Aliff kemudiannya kembali berdamai memandangkan kedua-duanya juga masih mempunyai rasa sayang sesama sendiri.
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang diraih bagaimanapun cuma bertahan seketika sahaja.
Untuk kesekian kalinya, Bella menyedari Aliff mula berubah sikap selepas memulakan kerja-kerja penggambaran dengan Ruhainies.
Dalam pada itu, Bella turut mendakwa kemungkinan pihak Aliff sengaja menyebarkan cerita lamanya dengan Muaz untuk menutup kontroversi kes khalwat bersama Ruhainies.
Apa yang dikesalkan, mengapa hal terbabit perlu didedahkan kepada umum walhal ia sudah pun berlalu dan diselesaikan secara baik sebelum ini.
“Bila mana mereka nak tutup kes khalwat tu, mungkin mereka tiada apa-apa, mereka gunakan kes saya. Di mana sebenarnya, Aliff tak sedar ke Ruhainies gunakan dia? Sedangkan Aliff tahu apa yang Bella ada”