“Beli RM1.45 juta, jual balik RM670k saja” – Lelaki tak sangka harga jatuh teruk, menyesal beli kereta mewah

“Beli RM1.45 juta, jual balik RM670k saja” – Lelaki tak sangka harga jatuh teruk, menyesal beli kereta mewah
“Dulu rasa bangga, sekarang rasa rugi,” itulah luahan hati seorang bekas pemilik Mercedes G-Wagon yang mengalami kerugian hampir RM780,000 selepas menjual semula kereta mewah miliknya.
Kisah ini bukan sekadar tentang angka, tapi tentang pengajaran hidup yang mahal – bahawa kejar kemewahan tidak semestinya membawa kebahagiaan.
Berkongsi pengalamannya di akaun TikTok, beliau membeli Mercedes G-Wagon pada harga RM1.45 juta tiga tahun lalu.
Ketika itu, dia rasa seperti mencapai satu tahap kejayaan dalam hidup.
“Dulu, setiap kali nampak orang drive kereta mewah, saya terdetik, ‘Bila la aku nak ada kereta macam ni?’ Bila dah mampu beli, rasa excited tu cuma sekejap,” katanya.
Tapi selepas tiga tahun guna, dia terpaksa menjual kereta tersebut pada harga RM670,000 sahaja – satu kerugian besar yang membuatkan dia terfikir semula tentang nilai sebenar kereta mewah.
“Betul la macam orang cakap, kereta bukan aset, tapi liability yang mahal,” ujarnya.
Dia menjelaskan, selain daripada depreciation yang teruk, kos penyelenggaraan kereta mewah juga membebankan.
“Dengan engine V8, full tank RON97 dekat RM350 sekali isi. Insuran pun dekat RM30,000 setahun. Lepas jual, saya rasa lebih tenang, tak ada beban lagi,” katanya.
Pengalamannya ini mungkin jadi pengajaran kepada ramai anak muda di Malaysia yang terperangkap dalam ‘gaya hidup mewah’.
Ramai yang sanggup berhutang atau menghabiskan sebahagian besar pendapatan hanya untuk memiliki kereta besar atau mewah, semata-mata untuk nampak ‘berjaya’.
“Pakai kereta besar, duduk rumah kecil. Pakai kereta mewah, tapi hujung bulan makan maggi. Semua ni semata-mata nak nampak ‘berjaya’,” katanya.
Dia mengakui, dia sendiri pernah mempunyai mindset yang sama, tapi pengalaman ini telah membuka matanya.
“Bila dah alami sendiri, saya mula fikir balik. Betul ke duit kita ni nak habis pada kereta? Benda yang bagi kepuasan sementara? Atau ada keperluan lain yang lebih penting?” tanyanya.
Selepas menjual G-Wagon, dia memilih untuk hidup lebih sederhana.
Walaupun kini berada di Dubai tanpa kereta sendiri dan hanya bergantung pada teksi, dia rasa lebih bebas dan tenang.
“Saya tak kisah dah nak bawa kereta biasa. Yang penting, hidup lebih bebas,” katanya.
Pengalamannya ini mungkin menjadi pengajaran buat ramai orang, terutamanya generasi muda, tentang pentingnya mengurus kewangan dengan bijak.
Kejar kemewahan mungkin memberikan kepuasan sementara, tapi adakah ia benar-benar worth it?