“Beli dekat Shopee ke?” – Pak Azad sindir KJ, peranti pengesan digital tercabut lepas 12 jam dipakai

“Beli dekat Shopee ke?” – Pak Azad sindir KJ, peranti pengesan digital tercabut lepas 12 jam dipakai

 

PELAKON Azad Jasmin mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital yang dipakainya tercabut, sedangkan baru dipasang kurang 24 jam.

Azad, 45, menerusi video yang dimuat naik di InstaStory, bertanya kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkenaan kualiti peranti yang dipakainya telah tercabut dengan sendirinya.

“Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke?

“Kalau berikan alat ini pada 30,000 orang dan boleh tercabut macam ni, lepastu mereka gantung di leher lembu, leher keldai, merebak juga kan?

“Apa benda ni YB? Nasib baik saya selebriti sebab kalau saya keluar, orang kenal. Yang orang tak kenal, cabut sahaja boleh keluar berjumpa orang lain dan jumpa sanak saudara,” katanya dalam hantaran itu.

Video suami kepada pelakon Eira Syazira itu mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana salah seorang petugas mereka menghubungi Azad untuk memasang gelang baharu.

Dalam tangkap layar dipaparkan, Azad sempat meminta petugas itu menyampaikan pesanan kepada Khairy supaya tidak meletakkan peranti itu sebagai ‘Buatan Malaysia’ tetapi perlu ditukar kepada ‘Buat malu Malaysia’.

Azad dan isterinya sedang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari Mekah dan perlu memakai alat tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan.

Pengembara yang tiba dari negara berisiko perlu mematuhi protokol ditetapkan kerajaan

Antaranya pemakaian peranti pengesan digital, kuarantin wajib tujuh atau 10 hari, ujian kendiri RTK-Ag secara harian sewaktu kuarantin dan beberapa protokol lain.