Belasah isteri minta bayar yuran anak

Belasah isteri minta bayar yuran anak

Malang nasib seorang wanita di Karnataka, Bengaluru, India apabila dipukul hingga tidak sedarkan diri hanya kerana mengingatkan suaminya supaya membayar yuran kelas anak sulung mereka.

Bangalore Mirror melaporkan insiden itu berlaku pada Khamis lalu apabila mangsa meminta suaminya untuk membayar yuran bagi mengelak anak mereka dihalang mengikuti kelas dalam talian.

Pertanyaan wanita itu bagaimanapun membuatkan suaminya berang dan turut menyalahkan mangsa sebagai punca masalah kewangan.

Disebabkan mengikut emosi, suspek memukul mangsa dengan kerusi selepas memerangkapnya ke ruang antara meja makan dan dinding.

Bukan setakat itu, suspek turut mencederakan isterinya dengan rak kelengkapan dapur sebaik kerusi patah.

Insiden itu disedari anak sulung pasangan berkenaan selepas terdengar tangisan ibunya.

Kanak-kanak itu cuba menyelamatkan ibunya namun dia turut menjadi mangsa apabila beberapa kali ditampar suspek.

angsa dikejarkan ke hospital dan polis mengambil keterangan berhubung insiden berkenaan hasil laporan perubatan diberikan pihak hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 atas kesalahan mencederakan, 504 (dengan niat menghina dan provokasi yang mengganggu ketenteraman) dan dan 506 (intimidasi jenayah).

Bagaimanapun, suspek belum ditahan untuk disoal siasat. – HM