Bekas tunang ikon permotoran kesal nama kena petik, nafi jadi ‘mangsa’ ugut sebar gambar lucah

Bekas tunang ikon permotoran kesal nama kena petik, nafi jadi ‘mangsa’ ugut sebar gambar lucah

 

Semalam kecoh mengenai berita melibatkan seorang pemuda yang mendapat gelaran ikon permotoran negara yang ditahan pihak polis.

Ia susulan laporan polis dibuat bekas kekasihnya yang mendakwa ikon permotoran negara itu mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar lucahnya.

Nama dipetik, bekas tunang kesal dikaitkan dengan perkara itu

Terbaru, seorang pempengaruh Instagram yang juga merupakan bekas tunang kepada ikon permotoran negara itu tampil memuat naik satu hantaran di Insta storynya selepas namanya mula ‘dipetik’ netizen yang mendakwa dirinya yang membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

 

Menerusi hantaran tersebut, wanita yang dikenali sebagai Shaamoyy itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dirinya yang membuat laporan terhadap tuduhan berkenaan. Menurutnya, laporan itu mungkin dibuat ‘ex’ ikon permotoran itu yang lain.

Assalamualaikum, di sini saya ingin menjelaskan perkara di atas.

Sememangnya saya tak tahu apa apa, saya tak ada buat apa-apa report pasal(tuduhan) itu. Dan terang-terang situ(akhbar) tulis bekas kekasih.

Ini berkait dengan ex ex dia yang dulu, saya hanya bekas tunang, bukan bekas kekasih.

Dalam pada itu, wanita itu juga meminta agar warganet berhenti melakukan sebarang spekulasi dengan mengatakan bahawa dirinya terlibat dengan perkara itu.