Bekas suami didakwa ‘curi’ 4 pita filem Sarimah, ini respon Suliza Salam

Bekas suami didakwa ‘curi’ 4 pita filem Sarimah, ini respon Suliza Salam

 

Tak ada angin, tak ada ribut nama bekas suami kepada penyanyi terkenal era 80-an, Datin Suliza Salam iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin didakwa menjadi individu yang terlibat dengan kecurian empat pita filem asal terbitan seniwati negara, Datuk Sarimah Ahmad iaitu Sarimah Film Productions.

Menurut OhBulan, Suliza tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tersebut memandangkan perkara tersebut berlaku sebelum dirinya hadir dalam kehidupan Zainal.

Untuk isu itu saya tidak mahu memberikan sebarang komen sebab ianya berlaku sebelum saya hadir dalam kehidupan suami lagi.

Saya juga tidak dihubungi mana-mana pihak mengenai isu tersebut sebab saya sendiri pun tidak tahu apa-apa.

Cuma biasalah saya pun akan terkait sebab saya bekas isteri dia.

Suliza berkongsi perkara tersebut ketika acara pertunjukan fesyen busana raya ‘Glam Lebaran Nona’ yang diadakan di Glamhall Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, ibu kepada penyanyi Ismail Izzani yakin bekas suaminya tidak akan bertindak seperti mana yang didakwa kerana dia bukan individu yang suka melakukan penganiayaan terhadap orang lain.

Saya rasa bukan dia (seperti yang didakwa) sebab dia bukan jenis yang suka menganiaya orang.

Dia dan Datuk Sarimah juga sangat rapat seperti seorang adik dan seorang abang.

Cuma mungkin terdapat sedikit salah faham yang berlaku dan saya yakin mereka akan selesaikan perkara tersebut dengan cara baik.

Macam saya kata, bekas suami saya tak buat begitu dan perkara ini pun berlaku dah berpuluh tahun dahulu jadi sekali lagi saya nak cakap bahawa saya benar-benar tak tahu mengenai isu itu.

Terdahulu, Datuk Sarimah membuka mulut mengenai satu insiden yang begitu meremukkan hati apabila hasil titik peluhnya bersama arwah suami, Allahyarham Yusof Majid iaitu empat pita asal filem terbitan produksi mereka dicuri oleh seorang individu terkenal.

Empat filem yang dimaksudkan adalah Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari.

Dakwa Sarimah, individu berkenaan memintanya untuk menandatangi satu dokumen selepas kematian arwah Yusof pada ketika itu.