Bekas pegawai kebudayaan SUK Perak didenda RM40,000 terima suapan

Bekas pegawai kebudayaan SUK Perak didenda RM40,000 terima suapan

Seorang bekas Pegawai Kebudayaan Kumpulan Selendang Perak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak diarahkan membayar denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan tiga tahun lalu.

Tertuduh, Herman Ibrahim, 46, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim S. Indra Nehru setelah Herman mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Pada prosiding tersebut, Indra Nehru turut mengarahkan tertuduh membayar RM45,000 kepada kerajaan Malaysia bagi pemulangan semula semua harta yang disita daripada tertuduh ketika operasi iaitu kedai dobi dan barangan kemas.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa bagi enam pertuduhan menerima suapan dengan jumlah keseluruhan RM257,600 antara November 2018 hingga Februari 2019. – KO