Bekas menteri perkenal aplikasi Al-Inarah, himpunkan soal jawab kemusykilan agama Islam, ada lebih 4,000 artikel kemusykilan di bawah 75 kategori berbeza

Bekas menteri perkenal aplikasi Al-Inarah, himpunkan soal jawab kemusykilan agama Islam, ada lebih 4,000 artikel kemusykilan di bawah 75 kategori berbeza

 

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, kini memperkenalkan sebuah aplikasi mudah-alih tersendiri, dinamakan sebagai Al-Inarah.

Al-Inarah menghimpunkan soal-jawab kemusykilan agama Islam melaluinya yang  dikendalikan oleh beliau, dan sedia menghimpunkan lebih 4,000 artikel kemusykilan dibawah 75 kategori berbeza.

Disamping itu, pelbagai artikel baharu juga akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna dalam melakukan carian menggunakannya.

Disamping itu, aplikasi ini turut menyediakan akses kepada pelbagai ebuku percuma melibatkan agama dan kehidupan harian.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Al-Inarah ini secara percuma di Google Play Store hari ini.