Bekas menantu saman Chef Wan RM1 juta

Bekas menantu saman Chef Wan RM1 juta

 

CHEF selebriti terkenal, Chef Wan mendedahkan yang bekas menantunya, Shikin Maembong telah mengemukakan saman malu berjumlah RM1 juta terhadap dirinya.

Menerusi pendedahan yang dilakukan di akaun Instagram miliknya itu, chef Wan berkata, saman itu berhubung dengan tegurannya terhadap Shikin dan Nadzrin yang bergaduh mengenai anak mereka.

“Bekas isteri anak saya, Shikin Maembong menerusi peguamnya telah menghantar surah saman malu kerana saya menegurnya bergaduh dengan Nadzri beberapa bulan yang lalu berkaitan dengan anak mereka,” katanya.

Menurut Chef Wan, sebagai bekas bapa mertua, adakah menjadi satu kesalahan untuk dia memberikan nasihat.

Malah, dia juga memberitahu bahawa dirinya yang telah menolong bekas menantu dan cucunya menyelesaikan segala bil hospital.

“Kita orang tua nasihat yang baik-baik tanpa perlu ke mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai kongsi jaga anak itu. Ini tak bagi jumpa lebih setahun kerana nak main drama dia.

“Kasihan anak itu kurang kasih sayang bapanya. Dua-dua dah berkahwin lain sepatutnya masing-masing teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.