“Bekas kekasih terlalu baik untuk saya”, Farisha Iris dedah punca tak jadi kahwin
Penyanyi Farisha Iris tak jadi kahwin pada hujung tahun ini selepas hubungan cintanya berakhir atas beberapa faktor peribadi.
Farisha bagaimanapun enggan berkongsi punca perpisahan dengan seorang usahawan yang dirahsiakan identitinya, namun mereka masih berkawan baik.
Memetik laporan Harian Metro, dia sepatutnya melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini, namun hubungannya dengan jejaka yang dikenali lebih setahun hanya terhenti sampai di situ sahaja.
“Sepatutnya majlis perkahwinan kami berlangsung pada hujung tahun ini, tapi atas hal-hal tertentu tidak dapat diteruskan.