Bekas isteri ucap tahniah pada pakar saham, “Semoga perkahwinan yg berlangsung di Thailand itu berkekalan”

Bekas isteri ucap tahniah pada pakar saham, “Semoga perkahwinan yg berlangsung di Thailand itu berkekalan”

 

Semalam heboh di media sosial mengenai laporan berita seorang pakar saham berusia 47 tahun berkahwin dengan pelajarnya berusia 25 tahun kerana tertarik dengan kemanjaannya, keperibadian yang lemah lembut yang memberi kelainan dalam hidupnya.

Menurut lelaki berkenaan yang terkenal dengan tagline “Tak Hansome Tak Apa, Janji Kaya’, perkahwinan itu merupakan perkahwinannya yang kedua selepas setahun menduda setelah bercerai dengan isteri pertama.

Bagaimanapun, pada 5 September lalu, bekas isterinya, Atielia De Sams, tampil mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya dan sedikit sebanyak ‘menjelaskan’ mengenai apa yang berlaku.

“Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup (bersama) selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang? Waktu susah dulu, senang sama-sama.

“Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan baru ini. Amiin,” katanya, menurut The Reporter.

Menurut Atielia, ucapan tahniah itu terpaksa dimuat naik di Facebooknya kerana hasrat untuk menyampaikan ucapan itu di Facebook bekas suaminya tidak kesampaian kerana dia telah disekat dari berbuat demikian.

Dalam pada itu, Atielia turut berpesan kepada bekas suami untuk menyelesaikan segala tuntutannya tanpa menimbulkan masalah.

“Saya letak (ucapan) kat Facebook sayalah sebab nak wish kat Facebook bekas suami dah kena block. Tak apalah. Hidup ini jangan banyak berpusing-pusing, takut nanti terjerat diri sendiri.

“Jadilah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan, tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye, semuanya.

“Selesaikan tuntutan saya dan jangan triggered saya benda yang tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Hidup simple, jangan kacau saya je.

“Buat statement biar betul. Itu je, mentang-mentang saya tak ada stage tak perlu buat kenyataan macam saya ni tak ada informer. Terima kasih,” ujarnya.