Bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Sera selamat bertunang dengan jejaka pilihan

Bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Sera selamat bertunang dengan jejaka pilihan

Bekas isteri kepada pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera akhirnya berkongsi berita gembira apabila selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossa atau nama penuhnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah kelihatan memakai busana baju kurung moden berwarna merah hati dengan solekan tipis menyerlahkan lagi keayuaannya.

Malah, dia juga sempat berkongsi momen ketika acara menyarungkan cincin berlangsung.

“Assalamualaikum doa yang baik baik semua,” katanya.

Bagaimanapun, Rossa Sera masih enggan berkongsi wajah lelaki pilihan hatinya itu kepada umum.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet membanjiri ruangan berkenaan dengan ucapan tahniah dan berharap ikatan yang terjalin akan berkekalan sehingga ke syurga.

Terdahulu, Rossa Sera mencuri perhatian warganet selepas dia memuat naik hantaran di Instagram Story seakan-akan memberikan ‘hint’ bahawa dia kini bakal menamatkan zaman jandanya.