Bekas bintang ragbi All Blacks sertai Alif Satar bersama Geng Subuh Macam Jumaat

Bekas bintang ragbi All Blacks sertai Alif Satar bersama Geng Subuh Macam Jumaat

 

Bekas bintang ragbi All Blacks Sonny Bill Williams menyertai kira-kira 5,000 jemaah mengimarahkan program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra.

Williams, yang juga bekas pemain ragbi pasukan New Zealand yang muncul juara Dunia dua kali pada 2011 dan 2015 dilihat sangat teruja dengan kempen subuh macam jumaat yang dijalankan.

Williams berada di negara ini bagi menghadiri pelbagai program keagaaman dan aktiviti sukan antaranya Klinik Rugbi di Mini Stadium Majlis Sukan Negara dan makan tengah hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok juga rata-rata netizen memuji sikap pemain itu yang tidak lokek dengan senyuman dan sangat ramah.

@dsdrnaim

Program Imarah Masjid bersama lagenda ragbi dunia, Mr. Sonny Bill Williams (Hamzah) di Masjid Putra, Putrajaya. Selepas solat Subuh, Saudara Sonny Bill Williams telah berkongsi pengalaman dan nasihat bersama para jemaah. Para jemaah telah bersama-sama beriadah dan berjalan hingga ke Istana Kehakiman, Putrajaya. Ini adalah pendekatan yang boleh kita usahakan untuk mengajak lebih ramai masyarakat menjadi sahabat masjid. Tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim, Masjid Putra Putrajaya, YaPEIM (Official), Perbadanan Putrajaya, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan rakan strategik Faith Events. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah #gengsubuhmacamjumaat

♬ original sound – Dato’ Setia Dr. Naim – Dato’ Setia Dr. Naim

Williams, 39, dan 5000 jemaah tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti beriadah melakukan larian bersama.

Peminat lagenda All Black yang hadir turut merasakan keterujaan apabila dapat melihat pemain itu secara bersemuka.