Bekas adik ipar mantan Malaysia No.1 mengamuk, didakwa pukul staf & rosakkan harta pengurusan kondo

Bekas adik ipar mantan Malaysia No.1 mengamuk, didakwa pukul staf & rosakkan harta pengurusan kondo

 

Seorang pengguna media sosial telah berkongsi satu ciapan dengan mendakwa seorang bekas pengacara televisyen dan juga bekas isteri orang kenamaan telah melakukan kerosakan di kawasan perumahan apabila melanggar palang guard house.

Pernah lakukan perkara sama sebelum ini?

Tak hanya itu, dia juga dipercayai bertindak cuba melanggar pengawal keselamatan, memecahkan pejabat pengurusan, merosakan kamera litar tertutup, memukul staf pengurusan dan banyak lagi kekerasan di kawasan kondominium.

Tambah akaun yang menggunakan nama Stray Free Foundation, perkara tersebut bukan kali pertama terjadi memandangkan sebelum ini individu itu pernah melakukan hal sama.

Ada kabel besar katanya

Namun begitu, menurut pengguna media sosial itu lagi, pihak berkuasa dipercayai tidak dapat bertindak apa-apa kerana bekas pengacara sebuah stesyen televisyen itu mempunyai ‘kabel’ yang kuat  walaupun pelbagai tindakan kasar telah dilakukan oleh individu terbabit.

Dia juga telah menyertakan sekali gambar kerosakan yang berlaku sebagai salah satu bukti tindakan kasar yang dilakukan oleh individu berkenaan.

Bekas pengacara ‘menggila’

Tak hanya itu, ada juga penghuni kondominium terbabit turut berkongsi gambar kenderaan individu berkenaan dengan menyatakan yangpemilik kereta itu sedang ‘menggila’ rosakkan pejabat pengurusan serta membahayakan orang lain.

Siapalah agaknya ye?

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang tertanya-tanya gerangan individu yang mengamuk di kawasan kondominum kerana dikatakan mempunya ‘kabel’ besar sehingga ada yang tidak berani menghalanginya.

Mereka juga beranggapan bahawa individu berkenaan mungkin mempunyai masalah mental memandangkan begitu berani melakukan tindakan-tindakan kasar sebegitu di kawasan awam.

Katanya ada ‘kabel besar’?

Dedahkan saja orang tu, banyak lemak pula!

Ada kad lain ke selain kad pengenalan?