BBNU tak puas hati dapat duit raya RM10, “Ingat aku budak-budak ke?”

BBNU tak puas hati dapat duit raya RM10, “Ingat aku budak-budak ke?”

 

Amalan pemberian duit raya, terutamanya kepada kanak-kanak, adalah satu tradisi yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

Walaupun begitu, ada juga orang dewasa yang masih belum berkahwin, juga mendapat duit raya.

Namun, amalan tersebut baru-baru ini menjadi subjek perbincangan hangat di media sosial apabila seorang remaja perempuan meluahkan rasa tidak puas hati mendapat duit raya sebanyak RM10.

“Apa benda la dok bagi duit raya RM10 ni. Ingat aku budak-budak ke? Lebih baik tak bagi terus. Aku langsung tak kisah,” katanya.

Selain itu, seorang lelaki juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila anak-anaknya mendapat duit raya sebanyak RM3 setiap seorang. “RM3 sahaja? Ada lagi zaman ni orang bagi duit raya RM3, macam zaman 90-an,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecamnya tidak bersyukur.

“Kena faham, tak semua orang berduit macam pakcik. Mungkin itu saja yang dia mampu nak bagi. Selebihnya nak bayar komitmen bulanan,” kata seorang netizen.

Netizen lain pula menambah, “Seorang RM3. Kalau 100 orang budak datang rumah, dah jadi RM300. Itu tak termasuk anak buah, mak ayah, isteri, pakcik makcik dan lain-lain. Gaji tuan rumah pula RM1,500. Time beraya berhabis sampai terpaksa berhutang dengan orang. Tak ke naya macam tu? Tak ada otak.”

Seorang lagi netizen menambah, “Sifat syukur ini sama macam iman, tak boleh diwarisi. Lagi banyak kita tak bersyukur, lagi banyak rezeki Allah tarik dalam tak sedar. Jadi, ucap Alhamdulillah selalu”.

Perlu diingatkan bahawa, Hari Raya bukanlah tentang berapa banyak duit raya yang diterima, tetapi lebih kepada semangat silaturahim dan bermaaf-maafan. Setiap rezeki adalah pemberian Allah dan kita harus belajar untuk bersyukur atas setiap pemberian, tidak kira seberapa besar atau kecil.