Bayi pramatang yang disangka gagal diselamatkan 33 tahun lalu rupanya masih hidup

Bayi pramatang yang disangka gagal diselamatkan 33 tahun lalu rupanya masih hidup

 

Kira-kira 33 tahun yang lalu, sepasang suami isteri dari Beijing, China terpaksa menanggung memori pahit bila mana anak kedua mereka yang lahir pramatang tidak dapat diselamatkan.

Lebih menyakitkan lagi, saat itu si isteri telah melahirkan anak sulung mereka secara czer kira-kira 6 bulan sebelumnya.

Namun siapa menduga, pemergian bayi mereka sejak 3 dekad lalu adalah satu penipuan yang sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selepas dilahirkan, anak yang diberi nama Zhang Huaiyuan itu rupanya telah diserahkan kepada pasangan suami isteri lain sebagai anak angkat.

Mereka yang gagal memperolehi zuriat sendiri merupakan saudara kepada pengarah pusat perubatan tempat Zhang dilahirkan.

Hal itu pula amat mustahil untuk terbongkar apalagi rumah kedua-dua keluarga adalah berjarak sejauh 400km.

Walaupun berasal dari keturunan kaya raya, Zhang yang ‘dicuri’ sejak bayi telah membesar dalam keadaan sukar memandangkan penjaga angkatnya adalah orang miskin.

Bapa angkatnya merupakan individu kurang upaya dan faktor ini juga seakan menambahkan kepayahan hidup mereka hinggakan Zhang terpaksa berhenti sekolah pada usia 17 tahun.

Sampailah pada tahun lalu, bapa angkatnya telah ‘pergi’ buat selamanya dan barulah si ibu angkat nekad memberitahu hal sebenar kepada Zhang.

Dengan bantuan pihak polis, akhirnya Zhang berjaya menjejaki semula keluarga kandungnya kira-kira bulan lepas. Anak yang disangka sudah tiada rupanya masih hidup sihat sampai ke hari ini bahkan sudah berjaya membuka perniagaan dengan usaha kerasnya sendiri.

Bersempena hari jadi Zhang, Li Shijie selaku bapa kandung yang sangat terharu dengan kepulangan anaknya telah menghadiahkan kad bank mengandungi simpanan berjumlah 1.2 juta yuan (kira-kira RM782,000+).

“Anak sulung kami baru berusia 1 tahun ketika menerima kehamilan anak kedua. Memandangkan kelahiran pertama adalah melalui kaedah czer yang belum sembuh sepenuhnya, kesan jahitan isteri terbuka di saat kandungan kedua baru berusia 6 bulan.

Lepas dikeluarkan, doktor kata bayi pramatang kami tak dapat diselamatkan. Anak kami jalani hidup lebih 30 tahun tanpa tahu tarikh lahirnya. Tahun ini, akhirnya kami sekeluarga dapat raikan bersama”