Bayi 9 bulan ditemui peluk jasad ibu yang sudah mengeras, membusuk selama tiga hari

Bayi 9 bulan ditemui peluk jasad ibu yang sudah mengeras, membusuk selama tiga hari

 

Curiga setelah menghidu bau busuk yang datang dari sebuah rumah sewa didiami seorang wanita bersama bayi berusia 9 bulan, penduduk setempat nekad memecah masuk ke dalam kediaman tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Siapa sangka, mereka malah menemui satu hal yang benar-benar mengejutkan.

Saat pintu bilik dibuka, warga dikejutkan dengan penemuan tubuh si ibu yang sudah ‘mengeras’ dan dipercayai membusuk sejak 3 hari sebelumnya.

Apa yang lebih memilukan, si kecil yang masih naif dan tidak mengerti apa-apa itu masih berada dekat dengan tubuh ibunya.

Melihat keadaan tersebut, mereka segera membawa bayi berkenaan keluar sebelum memberi minum air botol.

Anak kecil itu terlihat menggapai sendiri botol air sebelum dibantu minum oleh seorang lelaki.

Kejadian terbabit benar-benar menghibakan penduduk di kejiranan itu, apalagi fizikal tubuh si ibu juga sudah bertukar kehitaman.

Menurut maklumat awal, 2 beranak itu menjalani kehidupan jarak jauh (PJJ)dengan si suami yang bekerja di perantauan.

Mereka juga baru mendiami rumah sewa berkenaan sejak 3 bulan yang lalu.

Punca pemergian wanita berkenaan masih belum dapat disahkan lagi. Anaknya disahkan selamat dan sedang berada di bawah pantauan pihak perubatan.