Bayi 23 bulan hilang ditemui hidup 26 tahun kemudian

Bayi 23 bulan hilang ditemui hidup 26 tahun kemudian
Seorang bayi perempuan berusia 23 bulan, Andrea Michelle Reyes yang dilaporkan hilang pada 23 Oktober 1999 lalu, ditemui selamat selepas 26 tahun, lapor The Mirror.
Adrea yang dilaporkan hilang di New Heaven, Conn ditemui dPuebla, sebuah bandar di tengah Mexico.
Menurut Sistem Kebangsaan Orang Hilang dan Tidak Dikenali, mangsa tidak pernah ditemui selepas itu, meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh ahli keluarga berikutan tiada petunjuk keberadaannya.
Bagaimanapun, polis di New Haven, Connecticut yang membuka semula kes berkenaan menemui bukti keberadaan Andea selepas siasatan dibuat.
Susulan itu, polis menghubungi seorang lelaki yang dipercayainya sebagai bapa kandung Andrea untuk melakukan ujian DNA.
Hasil ujian DNA mendapati sampel berkenaan sepadan antara lelaki dan bayi yang hilang, menurut DNASolves.com. Keputusan itu, sekaligus mengesahkan ia adalah bayi yang diculik hampir 26 tahun lalu.
Pertemuan antara Andrea, 27, dan bapanya merupakan kes ketujuh yang berjaya dikenal pasti di Connecticut menerusi teknologi yang dibangunkan oleh Othram, sebuah syarikat penyelidikan genetik forensik
Siapa sangka, pelaku terbabit merupakan ibu kandung Andrea sendiri, Rosa Tenorio.
Difahamkan, suspek telah telah mengambil Andrea tanpa pengetahuan 26 tahun lalu. Susulan itu, Rose telah ditahan atas kesalahan gangguan hak penjagaan dikeluarkan terhadap anak mereka.
Terdahulu, seorang budak lelaki yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat tujuh tahun kemudian.
Mangsa yang kini berusia 14 tahun, ditemui sejauh kira-kira 1,500 batu dari rumahnya di Atlanta, Georgia.