Bau badan ada kaitan dengan tahi telinga, ini penjelasan doktor

Bau badan ada kaitan dengan tahi telinga, ini penjelasan doktor

 

Setiap individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Kebiasaannya, bau yang datang dari anggota badan bermula daripada peluh.

Perkara ini akan membuatkan orang di sekeliling tidak senang duduk lebih-lebih lagi jika cuaca panas menyebabkan bau badan yang dikeluarkan oleh seseorang lebih ‘menyengat”.

Namun pernah atau tidak anda mendengar bahawa bau badan itu juga dikaitkan dengan jenis tahi telinga? Betul ke?

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, ikuti perkongsian seorang doktor kesihatan awam, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee, di bawah ini.

Jenis Tahi Telinga Pengaruhi Bau Badan

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Dr Qarafi berkata jenis tahi telinga juga mempengaruhi bau badan seseorang. Umumnya, kotoran ini terbahagi kepada dua jenis iaitu cair mahupun kering.

“Korang tahu tak? orang yang ada taik telinga kering most likely tak ada bau badan berbanding dengan kalau taik telinga dia cair. Orang tu akan ada bau badan yang menyebabkan dia kena pakai deodorant semua tu,” katanya dalam klip tersebut.

Berkait Genetik

Jelasnya, perkara ini disebabkan genetik yang dipanggil sebagai ABCC11. Sewaktu badan individu tersebut sedang berpeluh, ia mengeluarkan cecair dan bahan kimia tertentu. Perkara ini yang memgakibatkan badan seseorang berbau.

“Bau badan kita ni terjadi bila badan kita berpeluh, especially bau ketiak tu dia akan keluarkan cecair and certain chemical.

“Bila benda tu in contact dengan bakteria yang memang ada dekat kita punya badan tu, so benda tu akan menyebabkan badan kita berbau,” jelasnya lagi.

Uniknya, bagi seseorang yang mempunyai genetik ABCC11 ini, lazimnya tidak mempunyai bahan kimia tertentu yang keluar sekali sewaktu berpeluh.

Oleh itu, peluh yang terhasil tidak akan menyebabkan bau badan berbanding mereka yang mempunyai genetik tersebut.

Menurutnya lagi, rata-rata orang yang mempunyai genetik ini adalah rakyat dari Korea dan China.

Pun begitu, perkara ini tidak meletakkan “gelaran” seorang yang tidak berbau badan kerana ia mengambil kira faktor lain.

“Tapi ada certain habit pemakanan ke ataupun certain medical condition yang korang dah ada sebelum ni boleh mempengaruhi bau badan korang tu lah walaupun dia orang mempunyai genetik yang sama macam tadi tu (ABCC11),” katanya.

Semoga bermanfaat.

@qarafitee

Bau badan disebabkan genetik? Tak salah sb memang bolehh jadi. Cuba komen korang punya cair ke kering? #viral #fyp #drqarafitee #CapCut

♬ Spooky, Quiet, Scary Atmosphere Piano – Bucyrus Audio