Basuh sendiri kereta kotor berlumpur, saksi dedah teman lelaki Bella cuba hapuskan bukti
Identiti penemuan rangka manusia di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, Batu Pahat kira-kira 5 hari lalu akhirnya berjaya dirungkai.
Hasil ujian DNA yang dibuat, polis mengesahkan ia adalah milik Bella atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, seorang ibu tunggal berusia 32 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan Disember tahun lalu.
Bersama liputan 999 yang bersiar di TV3 semalam, rupanya suspek yang juga teman lelaki kepada Bella didapati telah datang ke sebuah pusat mencuci kereta pada hari Jumaat sehari selepas Bella hilang.
Jelas pihak carwash, suspek sebelum ini pernah bekerja secara sambilan di situ sebelum berhenti kerja pada bulan Ogos 2023.
Mencuci sendiri kereta miliknya, pemuda berumur 23 tahun itu kemudiannya turut meminta bantuan 2 pekerja di sana yang juga merupakan rakannya.
Tidak mengesyaki apa-apa, namun salah seorang daripada mereka berkata beberapa bahagian dalam kereta suspek memang agak kotor dengan kesan lumpur serta tanah yang cukup banyak.
Walhal, suspek digambarkan sebagai seorang individu yang sangat menjaga kebersihan keretanya.
“Suspek memang jenis jaga kereta betul-betul. Kereta dia jarang kotor”
Jelas mereka lagi, kebiasaanya suspek akan duduk melepak agak lama apabila datang ke sana.
Namun pada hari berkenaan, lelaki berusia 24 tahun itu nampak agak gelisah dan terburu-buru meninggalkan lokasi itu setelah keretanya siap dicuci.
“Dia ambil kunci, takde cakap banyak, terus jalan. Masa tu dia memang kelam kabut, nampak tak tenang, resah gelisah”
@areesyakhalim Rangka Manusia Sah Milik Bella. #999tv3 #tv3malaysia #999 #fypシ #tv3