Baru ditayangkan di Netflix, Mat Kilau teruk dihentam, “Dialog ceramah untuk penonton IQ rendah”

Baru ditayangkan di Netflix, Mat Kilau teruk dihentam, “Dialog ceramah untuk penonton IQ rendah”

 

Biarpun baru saja ditayangkan di platform penstriman, Netflix dua hari yang lalu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah menerima beberapa kritikan daripada orang ramai.

Malah, filem arahan Syamsul Yusof itu juga menjadi tumpuan di platform media sosial, Twitter hingga menjadi trending dengan sebanyak 12,400 ciapan yang dibuat oleh pengguna.

Kebanyakkan penonton yang baru saja menonton filem berkenaan di Netflix meluahkan rasa kecewa dengan kualiti filem berkenaan kerana tidak seperti apa digambarkan oleh penonton yang menontonnya di wayang.

Banyak kritikan yang diterima mengenai filem terbabit dan antaranya adalah sinematografi babak aksi yang didakwa kelihatan ‘serabut’.

Dalam pada masa yang sama, dialog yang diguna pakai dalam Mat Kilau juga dipertikaikan oleh netizen, dimana mereka merasakan ada sesetengah dialog tidak sesuai dengan tahun kejadian berlaku dan kedengaran seperti ‘ceramah’.

komen netizen

komen netizen

Sedia maklum, filem Mat Kilau telah mencipta sejarah apabila filem terbabit berjaya mengutip jumlah yang tinggi sepanjang sejarah perfileman di tanah air.

Bukan itu saja, selepas 33 hari ditayang di pawagam, filem ini berhasil mengutip sebanyak RM99 juta dan jumlah itu telah mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip sebanyak RM87 juta.