Baru buka stiker dah koyak, netizen minta Anthony Loke pantau vendor pelekat ‘roadtax’

Setiap tahun ramai pengguna pasti meluahkan rasa kekecewaan kerana kualiti pelekat cukai jalan (roadtax) dipercayai semakin teruk, ia lebih mudah terkoyak berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @helliioz666 berkongsi pengalaman kurang baiknya apabila roadtax terkoyak secara tiba-tiba apabila cuba membuka pelekat cukai jalan tersebut.
Dalam gambar yang dikongsikan beliau, kelihatan bahagian bucu kiri bawah mempunyai kesan koyak antara bahagian tepi dan bawah.
Mintak tolong @anthonyloke tengokkan lah sekali vendor bangang jpj ni. Baru bukak stiker roadtax dah koyak. Bodoh anjing. Menyusahkan seluruh pemilik kereta dekat malaysia. pic.twitter.com/VSG7XJmHba
— hellioz triquetra (@hellioz666) December 7, 2022
Ciapan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang lain, menurut mereka walau dibuka dengan cara yang perlahan pun mudah koyak. Apatah lagi kalau dibuka secara kasar.
Orang ramai mengakui kualiti pelekat roadtax semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Setuju.
Suspicious betul vendor yang dapat kontrak ni, sebab kualiti teruk sangat especially for the past few years.
Dulu-dulu tak macam ni pun, elok je.
— Hidup Berbakti (@hidupberbakti) December 8, 2022
Sekali je aku pernah tarik stiker road tax ni, terus serik. Aku sanggup gunting and tampal pada plastic cover, pastu lekat kat cermin.
Cermin aku pun tak kena gam. Suci bersih dan senang bila nak tukar road tax baru. https://t.co/7LbfQn2uoe
— Shyafiq Dzulkifli (@shyafiqdzulkfli) December 8, 2022
Bila buat ops pandai pulak scan no plat kereta dari dalam kereta polis. So possible la tu
— afiq (@_amirulafiq__) December 8, 2022
Dengan pelantikan semula Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan, orang ramai meletakkan harapan tinggi agar beliau dapat menyelesaikan isu pelekat roadtax yang mudah terkoyak itu.
Netizen turut mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbang pemansuhan penggunaan pelekat cukai jalan dan digantikan dengan sistem digital yang diguna pakai beberapa negara jiran lain seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.
Semoga kita semua dapat khabar gembira daripada Menteri Pengangkutan pada masa akan datang.