“Baru balik umrah kan?” – Ruhainies dikecam pakai gaun seksi terdedah dada

“Baru balik umrah kan?” – Ruhainies dikecam pakai gaun seksi terdedah dada

 

Pelakon sensasi Ruhainies sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen selepas tular sepotong video memperlihatkan dia mengenakan gaun yang agak seksi.

Menerusi hantaran di TikTok milik pereka fesyen Shanell Harun, Ruhainies dilihat sedang menggayakan gaun pendek berona krim rekaan pereka tersebut.

Pada perkongsian itu, pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, melakukan beberapa gaya ‘posing’ dengan diriingi muzik latar lagu ‘Pretty’.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas menyifatkan busana berkenaan agak seksi kerana mendedahkan bahagian dada dan bahu aktres itu.

Malah, netizen melahirkan rasa kurang senang memandangkan pelakon drama Maaf Tak Indah itu baru sahaja pulang mengerjakan ibadah Umrah pada bulan Mei lalu.

@shnllhrn

@Ruhainies777 in #shanellharun

♬ Pretty (Sped Up) – MEYY