Baru balik honeymoon, isteri terdengar suami & rakan kutuk rupa paras

Baru balik honeymoon, isteri terdengar suami & rakan kutuk rupa paras

 

Detik-detik berbulan madu adalah fasa paling membahagiakan buat pasangan pengantin baru.

Ada yang sanggup berhabisan duit terbang ke luar negara asalkan dapat habiskan masa berkualiti dan mencipta memori terindah dengan pasangan tersayang.

Isteri & suami VC dengan kawan selepas berbulan madu

Namun siapa sangka bagi seorang wanita ini, dia mengalami kejadian yang cukup merendahkan keyakinan dirinya.

Ketika baru pulang dari berbulan madu, dia dan suami sempat berbual dengan kawan-kawan menerusi sebuah panggilan video.

Si isteri hanya berborak sebentar sahaja sebelum meminta izin untuk keluar berjalan mengambil angin.

Semua orang ingat saya dah takde, jadi diaorang mula bertanya pasal bulan madu

Saat sudah melangkah keluar, dia berpatah balik ke rumah untuk mengambil barang yang tertinggal.

Tindakan itu dianggap satu kesilapan besar kerana secara tak sengaja, wanita ini mendengar perbualan suaminya dan rakan-rakan tadi.

Mereka mula membuat usikal nakal tentang moment bulan madu tetapi secara tiba-tiba ada yang menyentuh tentang fizikal si isteri.

Ia termasuklah persoalan tentang sama ada si suami berpuas hati atau tidak.

Baru 5 minggu mendirikan rumah tangga…Saya malu dengan diri sendiri

Tidak sedar si isteri sedang mendengar perbualan itu, suami malah akui rupa paras bekas teman wanitanya yang dulu jauh lebih cantik.

Lebih mengguris hati, rakannya berkata mungkin lebih baik jika si isteri boleh menurunkan berat badan.

Padahal kata wanita ini, tubuhnya hanya sedikit berisi dan tidaklah ke tahap obesiti.

Sejak mendengar perbualan itu, segala-galanya berubah.

Dia sentiasa merasa malu dan hidup dalam keadaan tidak tenang kerana merasakan si suami tidak menerima dirinya seadanya.